Friday, April 18, 2014

Harapan dan pengertian.

Posted by salwani at 10:02 PM 0 comments
''Ah, daie hanya tahu memaksa dan menghukum. Tak pernah cuba mendengar dan memahami golongan seperti aku.''

Hanis diam seketika.

''Tapi tak adil untuk kau kata macam tu. Sedang kau juga tak pernah cuba mendengar dan memahami apa yang dibawa mereka.''

''Aku benci mereka. Mereka merasa seperti merekalah yang lebih baik daripada yang lain. Mereka merasa syurga hanya dicipta untuk manusia seperti mereka. Seolah-olah tiada harapan untuk aku. Untuk kami. ''

''Ada. Sentiasa ada harapan untuk kita. Allah itu Maha Adil.''

''Itu aku tahu.'' Mata aku terasa berpasir. ''Kau pun tak faham aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa.''

'' Fahamkan aku.''

''Bila mereka tahu siapa aku, mereka layan aku macam kuman. Macam virus yang perlu dijauhi''

''Kenapa?''

''Kerana aku berdosa.''

''Tapi kau manusia. Manusia mana yang tak pernah melakukan dosa.''

''그러니까.. 내 말이. Dah laa, aku malas nak cerita tentang mereka. Buat aku rasa sakit hati''

Hanis dah masak perangai aku. Kalau tengah marah tu, jangan dicuba simbah minyak. Tambah marak nanti.



Malam tu Hanis ajak aku tengok bulan. Dia tahu aku suka bulan.

''Sal, kau tengok bulan tu. Cantik kan?''.

Aku angguk perlahan.

''Tanpa gelapnya malam , kau rasa bulan bagaimana?''

''Tanpa gelapnya malam, aku rasa mungkin bulan tak seindah ni.''

''Macam tu jugak kita. Tanpa dosa dan sejarah gelap, mungkinkah kita menghargai nilai pahala dan pengampunan tuhan?''

......................................................................................................................................

''Hanis.''

''Mmm.''

''Kau tak rasa aku kuman? Virus?'

''Tak.''

''Kenapa?''

''Kerana aku juga manusia.''

''Aku harap semua manusia macam kau. Penuh pengertian.''

Hanis ketawa kecil.

''Mungkin perlu bermula dengan kau. Fahami mereka.''

Aku menghela nafas kecil . Membuang pandangan ke arah langit malam.

Susah.






ANIA'S ZONE, my blog is a personal blog. Any views or criticism in my blog is only my opinion. Visitor has the right to accept, reject or criticize the views of the owner of the blog. Criticism is welcome as long as not violating the limits manners.


 

♥Ania's Zone♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea