Monday, September 28, 2015

Rezeki

Posted by salwani at 2:38 AM
Aidiladha kat Kuantan ni ajar aku satu benda yang sangat basic yet people take it for granted.
Rezeki tu kat tangan Allah.
Basic kan? Tapi berapa ramai yang betul betul pahat ni dalam hati?
"Ish, cuti ni semua kafe tutup. Kereta sewa pun tak banyak. Nak makan apa kita nanti?"
Nah, Allah bagi rezeki. Tengahari ,Laila ajak makan kat rumah dia. Malam abang Hanim hantar lontong, spaghetti, kerepek, nasi impit, rendang, etc.
"Esok nak makan apa pulak kita ni?"
Tup tup sampai bihun goreng kat bilik pagi tadi. Tadi pulak makan lemang, kfc, rendang, nasi impit, kuah kacang.
Aku jadi teringat beberapa hari lepas, ada seorang hamba Allah ni tanya,"Grad nanti nak kerja apa?
"Dietitian, insyaAllah."
"Awak ingat ada ke kerja? Takde tau. Orang dah taknak dietitian ni. By the time awak grad, dietitian dah tak laku dah"
Quite few days aku murung sebab benda tu. Aku tahu niat dia baik nak motivate supaya aku ada plan b, tapi entah kenapa aku jadi down dengar statement tu.
Lepas hari ni, aku makin yakin yang kalau Allah menghendaki sesuatu keatas hambaNya, tak ada apa yang mustahil walau apa pun yang orang kata. Aku jadi makin yakin kalau kita betul betul percaya yang rezeki tu dari Allah, kita takkan kecewa walau apa pun outcome yang kita dapat. Aku yakin yang kita takkan mudah melatah dengan cakap cakap orang sebab rezeki tu dari Allah dan bukan dari mulut mulut manusia.



#repost #25092015 

0 comments:

Post a Comment

ANIA'S ZONE, my blog is a personal blog. Any views or criticism in my blog is only my opinion. Visitor has the right to accept, reject or criticize the views of the owner of the blog. Criticism is welcome as long as not violating the limits manners.


 

♥Ania's Zone♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea